Banting (2015)



Sinopsis
Berlatarbelakangkan dunia gusti profesional, BANTING adalah sebuah kisah kehidupan seorang gadis dalam mengejar impiannya. Ianya tidak mudah dibesarkan dalam keluarga Muslim yang tegas, lapan belas tahun kehidupan Yasmin terkongkong tanpa sebarang bentuk hiburan; Semuanya berubah apabila Yasmin mengambil peluang menyertai pasukan gusti profesional secara rahsia di sebuah gim gusti profesional. Sejak daripada itu, Yasmin mengubah kehidupannya dan membentuk alter-ego yang dikenali sebagai Zarith Blade!

Namun demikian, menindas orang bukanlah apa yang dihajati oleh Yasmin dalam hidupnya. Yasmin terpaksa menyimpan rahsia mengenai minatnya daripada ibunya, Halimah atas sebab- sebab yang tertentu. Pada Halimah, seorang anak gadis Muslim yang baik adalah bercanggah dengan cara kehidupan seorang peninju profesional, dari segi pemakaian yang sendat mahupun perlakuan bertinju di khalayak ramai. Impian Yasmin untuk menjadi hebat di gelanggang tercapai apabila dia menjadi pujaan peminatnya dan mendapat penghormatan dari jurulatihnya. Namun demikian, keadaan berubah apabila Yasmin diugut bahawa identitinya bakal dibongkarkan.

Yasmin akan berdepan dengan sebuah pertandingan yang paling penting dalam hidupnya sebagai peninju agar ibunya membenarkan dia untuk terus mengejar cita-citanya. BANTING adalah sebuah filem komedi-sukan terbitan Papahan Films yang mengajak kita untuk terus mengejar impian biarpun terpaksa menempuhi pelbagai halangan demi mengecap kejayaan.

Pelakon : Izyan Mellyna, Mastura Ahmad, Fauzie Laily, Osman Zailani dan Jimmy Taenaka
Previous
Next Post »
Thanks for your comment