Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Complete

 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015), Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) TV3 2015, Achey (juara BMB), Abam dan Fad (Bocik), Ammar dan Issey (Titan), Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2), Ariff dan Kamal (Sumbu), Chiwan dan Achik (Chilok)

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015)


Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3 2015. Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB), sebuah rancangan baru dengan gabungan dua genre iaitu lawak dan nyanyian bakal bersiaran secara langsung dan menemui penonton dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula Ahad, 12 April 2015 pukul 9 malam di TV3. QPBBB akan menyaksikan enam peserta termasuk seorang peserta solo yang dicungkil dari pertandingan Bintang Mencari Bintang (BMB). Kemunculan program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang adalah sebagai pemanas sebelum musim ketiga BMB menemui penonton pada penghujung tahun ini.

Tiga peserta daripada setiap musim BMB dipilih untuk menampilkan dua genre iaitu lawak dan nyanyian sebagai cabaran buat mereka untuk bersaing merebut hadiah wang tunai di mana pemenang utama akan menerima wang tunai RM50,000.

Senarai peserta termasuk enam kumpulan juga peserta solo bakal menyertai pertandingan seperti berikut :-
1) Achey (juara BMB)
2) Abam dan Fad (Bocik)
3) Ammar dan Issey (Titan)
4) Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2)
5) Ariff dan Kamal (Sumbu)
6) Chiwan dan Achik (Chilok)

Informasi Program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) 2015
- Bermula 12 April 2015 dengan 10 minggu episod. Live streaming QPBBB di Qu Puteh
- tiada sebarang penyingkiran peserta setiap episod sehingga peringkat akhir
- RM10,000 akan diberikan kepada juara mingguan setiap minggu
- Format : persembahan sketsa komedi selama empat minit dan nyanyian dua minit mengikut tema diberikan.
- Penaja utama : Vida Beauty
- Juri : Pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman bersama dua juri jemputan setiap minggu.
- Hos : AG dan Yana Samsudin. Fizie (Hot FM) pengacara disebalik tabir.
- Permarkahan : Sebanyak 50 peratus markah akan diberikan oleh juri profesional manakala selebihnya dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS). 




Perhatian Kepada Pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox!

Sila Tutup Fungsi Pop-Up Blocker Pada Google Chrome dan Mozilla Firefox Anda Dahulu Sebelum Klik Link Di Bawah.

Cara Tutup Fungsi Pop-Up, Anda Boleh Klik Di Sini.



Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 1

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 2

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 3

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 4

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 5

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 6

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 7

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 8

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 9

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Minggu 10

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (2015) - Final



Previous
Next Post »
Thanks for your comment