Padamu Aku Bersujud (2015) Slot Azalea TV3

Drama terbaharu di slot Azalea bertajuk Padamu Aku Bersujud akan disiarkan pada 26 Mei 2015. Lakonan Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli, Bil Azali, Shenthy Feliziana dan ramai lagi. Drama ini dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin terbitan A'10 Alliance.

Tayangan: TV3
Siaran : Isnin hingga Khamis 4 petang (Mulai 26 Mei 2015)
Jumlah Episod: -
Status: Terkini - Episod 11




Tonton
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15

Download
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15

SINOPSIS DRAMA ''PADAMU AKU BERSUJUD''
Mengisahkan tentang Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang di SPM dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap.

Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan lagi Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin.

Amin telah meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram telah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.

Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr. Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidaminya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti?

WATAK PELAKON 
Sqikin Kamal sebagai Ika
Syazwan Zulkifli sebagai Amin
Leez Rosli sebagai sakinah
Reza Hazbi sebagai Iqram
Bil Azali sebagai Khairi
Shenthy Feliziana sebagai Rihanna
Previous
Next Post »
Thanks for your comment