Final Piala FA (2015) Kelantan vs Lions XII

 http://mytontontube.blogspot.com/


Final Piala FA (2015) Kelantan vs Lions XII


MALAM ini adalah penentu pasukan mana yang bakal menjulang trofi Piala FA 2015 yang menyaksikan Kelantan bertemu Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil.Ibarat �pertembungan dua negara� yang sentiasa bermusuhan dalam bola sepak, aksi The Red Warriors menentang Lions XII FC bagaikan satu perlawanan akhir penuh klasik yang menjadi impian ramai pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.

Pasukan mana lebih berhak menjulang trofi edisi ke-26, itu bergantung sejauh mana Ketua Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor dan rakan sejawatannya, Fandi Ahmad menerapkan percaturan strategi serta disiplin taktikal terhadap pasukan masing-masing.Kelantan yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir sementara Lions XII yang tidak dibarisi kudrat awang import berupaya melangkah ke pentas final selepas mengatasi Terengganu pada aksi separuh akhir penuh kontroversi.

credit artikel to tv shareje

 Final Piala FA (2015) Kelantan vs Lions XII

Final Piala FA (2015) Kelantan vs Lions XII
Previous
Next Post »
Thanks for your comment