Telemovie Firdaus (2015) Cereka Ahad TV3

 Telemovie Firdaus (2015) Cereka Ahad TV3, Tonton Drama Melayu, Tonton Telemovie Melayu, Tonton Firdaus (2015), Tonton Cereka Ahad TV3, Tonton Drama Online.

Telemovie Firdaus (2015) Cereka Ahad TV3


Mengisahkan tentang Firdaus lakonan Danish Zakwan yang sering didera oleh ayahnya, Kamarul setelah berhijrah dari kampung. Kamarul tidak meyukainya kerana mendakwa pembawa sial dan punca kematian isterinya. Hidup Kamarul juga bertambah. Dua tahun dia hilang pekerjaan dan berhempas pulas membesarkan Firdaus di rumah Zaitun (ibu mertuanya). Ketika Firdaus berusia 2 tahun, dia nekad ke Kuala Lumpur untuk mengubah hidupnya. Namun, kini sudah 8 tahun dia masih miskin tinggal di flat.

Rahmah ialah jiran kepada Kamarul. Rahmah tinggal berdua dengan adik kandungnya, Asyraf, lepasan universiti yang bekerja di pejabat. Rahmah merupakan seorang wanita psiko yang mengalami tekanan perasaan akibat kisah silamnya, didera bekas suami sehingga anak dalam kandungan gugur. Pada masa yang sama, ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Sejak itu dia bermurung, sering termenung dan adakalanya ketawa sendiri tetapi dia tidak kacau orang.

Di kawasan flat buruk itu, tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengan Rahmah kecuali Firdaus. Setiap kali Firdaus bermurung di depan rumah sendirian, saat itulah Rahmah menjadi temannya. Mereka sering berinteraksi emosi. Neneknya, Zaitun menyangka Firdaus telah meninggal dunia. Setelah mengetahui Firdaus masih hidup, Zaitun telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari Firdaus. Malangnya, Zaitun dirompak dan hanya tinggal sehelai pinggang. Kesengsaraan hidup memaksa Firdaus melarikan diri dari rumah bersama Rahmah yang mengalami tekanan mental. Apalah yang terjadi kepada Firdaus? Dapatkah Zaitun menemui cucu kesayangannya itu?


Tonton Telemovie Firdaus (2015) Cereka Ahad TV3


http://mytubeseries.blogspot.com/2015/04/tonton-telemovie-firdaus-2015-cereka.html
 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment