Rose Emilia (2015) Skrin Di 9

 Rose Emilia (2015) Skrin Di 9, Tonton Drama Melayu, Tonton Telemovie Melayu, Tonton Drama Online, Tonton Telemovie Online.

Rose Emilia (2015) Skrin Di 9

TV9 akan membawakan sebuah lagi telefilem terbaru di slot Skrin di 9 dengan drama bertajuk 'Rose Emilia'. Menampilkan gandingan 3 pelakon hebat iaitu Tiz Zaqyah, Nabila Huda, dan abang hensem, Keith Foo. Saksikan drama arahan Yeop Hitler pada hari Isnin ini, 20 April jam 8.30 malam di saluran TV9.



JUDUL : ROSE EMILIA

TARIKH / MASA : 20 April 2015 (8.30 malam) 

SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)

SKRIP : Adzim Shahabudin

PENGARAH : Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler)

TERBITAN : Country & Universal

PELAKON : Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Keith Foo, Lana Nordin, Iqram Dinzly, Zarina Zainuddin, Ryiena Ismail, Idris Mat Diah, Ku Faridah



SINOPSIS ROSE EMILIA

Kisah bermula apabila Emilia (lakonan Tiz Zaqyah) terjaga daripada tidur dan mendapati tunangnya, Qayyum (Keith Foo) berada di depan halaman rumahnya dengan seorang wanita yang dalam keadaan mabuk dan tidak terurus. Rose (Nabila Huda) merupakan bekas teman wanita Qayyum. Dia cuba untuk membunuh diri tetapi gagal. Disebabkan itu, Qayyum meminta Emilia menjaga Rose sehingga pulih. 



Hidup Emilia menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Rose yang selalu membawa masalah. Tidak lama kemudian Emilia tahu siapa Rose sebenarnya dan mengapa Qayyum meninggalkannya dulu. Saksikan selanjutnya di TV9

Tonton Rose Emilia (2015) Skrin Di 9

 
http://mytubeseries.blogspot.com/2015/04/tonton-filem-jengka-2015-full-movie.html
Previous
Next Post »
Thanks for your comment