Hafiz And Friends Showcase (2015) - Full Konsert

 Hafiz And Friends Showcase (2015) - Full Konsert, Tonton Konsert, Tonton Hafiz and Friends Showcase, Konsert Online.

Hafiz And Friends Showcase (2015)


Setelah kejayaan dan sambutan memberangsangkan yang diterima di Hard Rock Caf�, Melaka pada tahun lalu, Hafiz & Friends Showcase kini kembali! 

Persembahan yang akan diadakan di Hard Rock Caf�, Kuala Lumpur ini bakal berlangsung pada 25 Januari 2015 bermula jam 9.00 malam dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Gabungan utama tiga rakan seperjuangan, Hafiz Suip, Akim & The Majistret dan Hazama ini akan menjanjikan persembahan pembukaan tahun 2015 yang paling dinantikan. 

Sebagai bonus, persembahan mereka turut diserikan dengan penampilan istimewa rakan-rakan lain seperti Faizul Sany, Aril dan Juara Akademi Fantasia 2014, Firman. 

Lagu-lagu hits mereka yangs sering mengungguli carta radio seperti Matahari, Mewangi, Malaikat, Perempuan dan Bangkit pastinya akan disampaikan diiringin live band pada malam itu. 

Hafiz berkata �Saya mewakili rakan-rakan yang lain berasa begitu teruja dan amat berbesar hati kerana berpeluang sekali lagi untuk mengadakan persembahan secara LIVE di Hard Rock Caf� ini�.

�Sudah menjadi impian kami untuk membuat persembahan diiringi LIVE BAND di caf� bertaraf antarabangsa seperti ini. Selain itu, ini juga merupakan hadiah tahun baru kami buat para peminat.� 

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin pula berkata, �Kami berharap tahun 2015 ini akan menjadi tahun yang gemilang buat kesemua artis di bawah naungan kami.� 

�Pihak Astro akan terus menyokong pembangunan bakat-bakat seni mereka kerana kami percaya, bakat-bakat yang kita miliki ini mempunyai potensi yang amat besar�. 

SINAR fm turut hadir selaku penyiar rasmi untuk Hafiz & Friends Showcase di Hard Rock Caf� Kuala Lumpur.

Tiket pra jualan berharga RM70 dan RM80 (At The Door). Untuk pembelian tiket, sila hubungi talian hotline 03-2715 5555.

Tonton Hafiz And Friends Showcase (2015) - Full Konsert 


http://mytubeseries.blogspot.com/2015/04/tonton-konsert-hafiz-and-friends.html

Previous
Next Post »
Thanks for your comment