Yes Boss TV3 ! [Tamat]



Drama :  YES, BOSS!
Bermula : 15 Februari 2014
Genre : Romantik-Komedi
Episod : 24 episod 
Siaran : Sabtu dan Ahad
Jam : 6.00 - 6.30 petang
Saluran : Slot Dramady, TV3
Skrip : Mufid Suhami
Pengarah : Emi Suffian
Terbitan : Zeel Production
Penulis Novel : Areila Sahimi
Pelakon : Emma Maembong dan Fahrin Ahmad, Ryzal Jaffar, Noorkhiriah, Norlia Ghani, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Aishah Ilias, Aidil Aziz, Shamsul Ghaw2, Wan Maimunah, Chaca Maembong, Shella Faeiz, Narenth Rao, Che Puteh 

Sinopsis Yes Boss TV3 !
YES BOSS! menceritakan tentang seorang gadis bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Ilham. Ilham memiliki rupa paras yang kacak dan sifat ego yang tinggi. Ilham tidak sukakan Aryana kerana baginya Aryana tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya.Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan mempunyai bentuk badan yang ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana dari syarikat milik bapanya, Dato� Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar.

Setiap kali Ilham memberi arahan, Aryana harus menjawab �Yes Boss!�. Aryana juga terpaksa bersubahat setiap kali Ilham tidak hadir ke pejabat dan mengingatkan semua temu janji Ilham bersama teman-teman wanitanya. Ilham sering terlupa dengan temu janjinya kerana dia mempunyai ramai teman wanita.Dalam diam rupanya Aryana menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi sering dinafikannya. Aryana hanya mampu memendam perasaannya terhadap Ilham kerana Hati Aryana sering terluka akibat sikap kaki perempuan Ilham.

Sikap kaki perempuan Ilham mula berubah apabila dia mengenali Melina. Ilham merasakan Melina adalah calon sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya. Ilham turut meminta pertolongan Aryana untuk mencari hadiah yang sesuai buat Melina. Meskipun, Aryana sedih kerana lelaki idamannya sudah bertemu cinta hati namun dia tetap berusaha menggembirakan Ilham dengan membantu menyatukan bosnya itu dengan Melina.

Tanpa disedari rupanya Melina mempunyai agenda tersendiri. Melina berpakat dengan Jeffry iaitu pesaing utama perniagaan Ilham untuk merebut tender projek dan menjatuhkan syarikat Ilham. Setelah Ilham dan Melina bertunang, Jeffry mula memainkan peranannya dengan memikat Aryana namun rancangannya gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu yang tidak baik tentang Jeffry terhadap dirinya.

Apabila Aryana ternampak Melina keluar bersama Jeffry, dia dan pembantu pemandu kereta Ilham, Harun mula menyiasat hubungan mereka berdua. Aryana dan Harun cuba memberitahu Ilham tentang Melina. Namun, Ilham tidak mempercayainya dan menuduh mereka berdua sengaja mengadakan cerita. Aryana sakit hati dan berhenti dari berkhidmat di syarikat Ilham. Kemudian, Aryana membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.

Lain pula ceritanya apabila Aryana berada di kampung. Udin, rakan lama Aryana masih menagih cinta Aryana. Sementara itu, ketiadaan Aryana membuatkan Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Dia mula merindui gadis itu dan menyedari dia telah jatuh cinta pada Aryana.

Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana agar kembali bekerja sebagai pembantu peribadinya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Ilham untuk memenangi hati Aryana. Tambahan pula, Ilham terpaksa bersaing dengan Udin untuk merebut hati Aryana. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya sebelum ini? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang akan menjadi pilihan Aryana? Adakah Udin yang setia menunggu Aryana dari dulu lagi? Atau Ilham, jejaka idaman Aryana?

[Admin tidak merekod,memuat naik,memiliki semua video dibawah.Video hanya diembed daripada website www.dailymotion.com.Jika anda mempunyai apa apa isu mengenai copyright video dibawah ini sila berhubung dengan website tersebut.Video boleh dihapuskan serta merta tanpa sebarang notis oleh website tersebut]

Yes, Boss ! Episod 1

Yes, Boss ! Episod 2

Yes, Boss ! Episod 3

Yes, Boss ! Episod 4

Yes, Boss ! Episod 5

Yes, Boss ! Episod 6

Yes, Boss ! Episod 7

Yes, Boss ! Episod 8

Yes, Boss ! Episod 9
Yes, Boss ! Episod 10
Yes, Boss ! Episod 11
Yes, Boss ! Episod 12
Yes, Boss ! Episod 13
Yes, Boss ! Episod 14
Yes, Boss ! Episod 15
Yes, Boss ! Episod 16
Yes, Boss ! Episod 17
Yes, Boss ! Episod 18
Yes, Boss ! Episod 19
Yes, Boss ! Episod 20
Yes, Boss ! Episod 21
Yes, Boss ! Episod 22
Yes, Boss ! Episod 23
Yes, Boss ! Episod 24

Kredit kepada : dfm2ukepala bergetar ].Sila ke website mereka untuk lebih banyak drama dan siri tv.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment